BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 9 June 2012

Pengalaman...??? Cuba bayangkan...


:::Pengalaman...??? Cuba bayangkan...:::


Assalammualaikum.... 


Huhuhu...rasanya dah lama aku x bermadah pujangga dan meluah rasa di sini kan..?Actually, sepanjang kebernafasan aku ni... aku sebenarnya ada banyak perkara yang ingin diluahkan.... namun, atas alasan malas dan xde feel, tu lah yg menyebabkan aku tidak berkesempatan untuk menaip dan menyusun ayat walaupun sebaris ayat yang simple mimple di ruangan ini... simple mimple? ado ke perkataan tu...nampak jawenis sgt...hehehe... 

   Hari demi hari, ruang masa kian silih berganti. Tanpa disedari. Telah banyak yang ku lalui... ada yang pahit kelat2..ada yang manis masam2..ada yang manis tumpah2 gula...hahhaa..macam2 aku ni.... 

   Pengalaman????!!! cuba bayangkan kehidupan kita tanpa pengalaman? ape akan jadi? ape? ape?  ha! ape? cuba la bayangkan.... cuba pejamkan mata kejap dan rasai sejenak peristiwa2 dan perkara2 yang telah kita lalui sepanjang hidup ini... mesti ada something yang membuatkan kita terus berada di dunia ini sekarang ni kan? mesti ade certain2 peristiwa yang mengajar kita tentang kehidupan bukan? mesti ado punye... tipulah kalau xde... kalau xde, abnormal je korg nih...hahahaha...


Aku sebagai seorang manusia biasa yang secara bertuahnya ditentukan arah sebagai seorang mahasiswa UPSI bagi program ISMP Bimbingan&Kaunseling, cukup berasa syukur kerana sepanjang yang aku lalui dalam hidupku ini, aku diserapkan dengan bermacam2 bekalan yang cukup baik dalam usaha menyelami setiap ruang liku dan peristiwa yang berlaku... 

Alhamdulillah... aku merasakan diriku kini berbeza daripada diriku yang dahulu... aku lebih banyak belajar menghadapi situasi berdasarkan pengalaman hidup aku yang telah lalu.... Bagi aku, pengalaman lalu tu merupakan suatu sumber rujukan terbaik aku dalam menghadapi situasi yang beraneka juadah hamparan dan hidangannya... For sure, semakin jauh kita berjalan, cabaran dan dugaan itu semakin extreme... se-Extreme rancangan Fear Factor kot? eh x! malah, lebih extreme kot...hahhaa.. whatever...

Walauapapun... persediaan yang lebih mantap lagi perlu dibina, agar aku terus berjaya menghadapi setiap situasi itu dgn lebih profesional dan rasional... Amat dungu dan x wajarlah, aku sebagai siswa kauseling, jika tidak dapat atau mampu kehidupan dan masalah dengan baik... Setiap masa kita perlukan perubahan yang lebih positif... bak kata2 motivasi : "jadikan kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam...kerana amat celakalah bagi mereka yang kehidupannya hari ini lebih buruk daripada semalam..." betul ke ayat aku ni? hahha lebih kurang gitu lah ye...faham2 sudah...huuhuu.. 

Urm... maybe setakat ni dulu... nanti ado maso, den ceritolah lagi yo...huhuuhu (^_^)v

Friday 2 March 2012

Mahmudah VS Mazmumah

MENGHARAP VS PUTUS ASA

"MENGHARAP"



Mengharap atau dalam istilah tasawufnya dikenali sebagai raja' (sebuah jawapan atas rasa takut atau khauf), di mana kedua-dua sifat ini saling berkait antara satu sama lain. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan mereka berdoa kepada kami dengan pengharapan dan perasaan takut." (Surah al-Anbiya' 21:90).

Khauf (rasa takut) dan raja' (mengharap) adalah dua ubat untuk penyakit hati yang apabila salah satu daripada kedua-duanya hilang akan menjadikan seseorang tidak tenteram. Jadi, seseorang mukmin seharusnya menyeimbangkan antara khauf dan raja', agar memperoleh kesepaduan dalam hidup. Sikap raja' penting dalam diri seseorang untuk menolak penghayatan al-khauf secara berlebihan yang dikhuatiri menyelinap masuk ke dalam hati seseorang mukmin. seorang mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa. Hadis Qudsi ada menyebut, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Aku terlalu dekat dengan prasangka hamba-Ku. Maka hendaklah dia berprasangka terhadap-Ku atas apa yang dia inginkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 "PUTUS ASA"


Putus asa dalam bahasa Arab ialah yaiesa. Sifat ini terjadi apabila tiada sifat khauf dalam hati seseorang. Keadaan ini menyebabkan dia meremehkan persiapan apabila menghadapi kematian. Apabila keadaan ini berlebihan akan timbullah rasa putus asa. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan janganlah kamu berputus asa daripada ramat Allah, sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang yang kafir." (Surah Yusuf 12:87).

Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firman-Nya yang bermaksud : "Katakanlah, 'Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.' Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Zumar 39:53).

Tip-tip mengelakkan daripada berputus asa :

  • Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
  • Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah S.W.T. berikan nanti, itu soal ke-2. Namun kita tetap mendapat ganjaran daripadaNYA.
  • Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.
  • Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.



Rujukan Majalah Solusi Edisi ke-22 =)

Thursday 3 November 2011

Renungan

Allah Memanggil Kita Hanya 3 Kali Seumur Hidup...

Ibu berkata... *Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ~~....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum. 'Iya, tahu ke tidak apa 3 panggilan itu..? 'Saya menggelengkan kepala.


1) 'Panggilan Pertama Adalah AzaN, Ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.
Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpaku....mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......
Ibu melanjutkan...


2) Panggilan Yang Kedua Adalah Panggilan UmRah / Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tiada duit menjadi ada duit, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.
Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah......


3) 'Dan Panggilan Ke-3, Lanjut Ibu, 'Adalah KeMATiAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah........... Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...'


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.


Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang..!!!' :-
Pertama, orang yang meninggalkan solat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu dan bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

Sunday 30 October 2011

Muhasabah

~ Manifestasi Cinta ~


"Bukan masalah gagal bercinta, tetapi gagal mengenal cinta.."


Tidak ada siapa pun yg dapat melarikan diri drp mencintai dan dicintai. Cinta adalah satu rasa palingg asyik yg terkandung dlm hati manusia. Kemuncak cinta adalah org yg masuk syurga kerana cintanya. Tapi x kurang ramai juga yg dihumbankan ke neraka kerana cintanya.. hurm....


Cinta datang dari 2 sumber :-
1) dari ALLAH S.W.T.
2) dari hawa nafsu.



1) Cinta dari Allah (cinta hakiki) dpt dicapai apabila ia dpt dirasa dgn deria ke-6 iaitu hati.. ia muncul dari dlm ke luar, bukan dari luar ke dlm (dari hati turun ke mata, bukan dari mata turun ke hati). itulah cinta yg benar, murni dan khusus dianugerahkan buat manusia sesuai dgn martabatnya sebagai makhluk yg sempurna. 




2) Cinta dari hawa nafsu terjadi bila hati kotor, sering melakukan dosa dan x mahu bertaubat. cinta yg dilahirkan adalah tidak brkekalan, dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia, lebih2 lg di akhirat. cinta nafsu ni biasanya dicapai dgn panca indera or deria yg 5 iaitu sentuh, bau, lihat, dengar dan rasa.

SEBAB2 YG MENDORONG MANUSIA JATUH CINTA :-


1) Cinta kpd kesempurnaan dan kekekalan diri
Siapa pun x inginkan kekurangan, kebinasaan dan kematian. Walaupun dia cinta org lain, ttp hakikatnya   cinta itu kembali semula kpd dirinya. Cinta kekasih kpd kekasihnya, kerana nikmat cinta yg dirasai oleh dirinya. cinta ibu kpd anaknya, kerana inginkan kelangsungan keturunan buat dirinya, semuanya bermatlamatkan kesempurnaan terhadap diri.

2) Cinta kpd sesiapa yg berbudi
Hati manusia akan jatuh cinta kpd sesiapa yg berbudi kpdnya. Umpamanya, kpd yg mmberi wang, harta, sokongan dan nasihat kpdnya. Maka, jika kita jatuh cinta kpd org berbudi maka tentu kita akan jatuh cinta kpd ALLAH kerana hakikatnya semua budi yg diberikan oleh manusia adalah bersumberkan drp ALLAH jua.

3) Cinta kpd seorang budiman walaupun budinya x dirasai
Manusia boleh jatuh cinta kpd seseorg yg baik walaupun dia sendiri x merasai kebaikan org tersebut. Jika diberitakan kpd kita tentang seorang hartawan, negarawan atau bangsawan di sebuah negara yg sangat pemurah terhadap fakir miskin, anak2 yatim dan org yg melarat... maka secara automatik hati kita akan segera jatuh cinta kpd org tersebut.

4) Cinta kpd sesuatu yg indah
Semua insan sudah semestinya cinta pada suatu yg indah. Cinta ini terbahagi kpd 2.. iaitu :-
   a) Cinta yg mampu dijangkau oleh pancaindera (bau,rasa,lihat,sentuh,sengar dan rasa), yg merupakn cinta   kelas bawahan yg biasa dijangkau oleh kanak2 dan haiwan.
   b) Cinta yg dapat dijangkau oleh hati dgn menggunakan mata hati. yg merupakan cinta kelas atas yg mampu melihat yg tersirat drp yg tersurat, dan dpt melihat Pemberi Nikmat di sebalik nikmat serta dpt melihat rupa batin disebalik rupa lahir.

5) Cinta seseorg yg serasi
Manusia akan jatuh cinta kpd sesuatu atau seseorang yg serasi dgnnya. Misalnya, org yg mmpunyai hobi yg sama akan suka berdamping dgn individu lain yg sama hobi dgnnya. bak burung yg sama akan terbang sekawan. Secara adatnya, yg saling mngenal akan serasi, yg x kenal akan menjauh..


Demikianlah, sbb2 manusia jatuh cinta pd asasnya, namun rasanya ada lagi kot sbb2 org jatuh cinta... urm...whatever, yg paling penting adalah pastikan cinta kita tu adalah cinta yg mmbawa kita kearah jalan yg benar dan menjurus kearah mendapatkan CINTA drp ALLAH S.W.T... =)

Semoga kita menemui CINTA yg dimaksudkan itu... Amin.. 

Perkongsian Cerita

~Berkongsi~


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia, mengunjungi pejabat pusat bagi mengingati kembali kenangan suka suka semasa mereka aktif bekerja dahulu. kesempatan bernostalgia ini dimanfaatkan oleh mereka  dengan menikmati tomyam daging yang terkenal di kafeteria yang terletak dalam pejabat tersebut. kebetulan pada masa itu juga, masa rehat, maka ramailah pegawai-pegawai yang makan di kafeteria.

    Pasangan emas ini mula berbaris bagi memesan tomyam daging mereka. mereka memesan 1 mangkuk tomyam, sepinggan nasi dan 2 gelas teh ais serta 1 piring dan mangkuk 0. Semua orang yang melihat gelagat pasangan tersebut berasa hairan. Mengapa mereka hanya  membeli 1 pesanan tomyam dan nasi sahaja? Maahh beberapa orang pekerja di situ sedih melihat kedaifan kedua-dua orang tua itu kerana hanya mampu makan tengah hari di kafeteria sahaja, itu pun hanya membeli makanan utk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan tomyam daging kepada 2 bahagian. ! bahagian utk dirinya dan selebihnya diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun yang makan hanyalah si suami, manakal isterinya hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera.



    Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka. Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk tomyam daging lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difikirkannya hanya mampu membeli sau hidang tomyam daging dan nasi sahaja, sedangkan dia sendiri hidup dalam keadaan yang cukup. Namun,pelawaan tersebut ditolak dengan lembut dgn menggunakan isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra

     Si suami kembali menyambung menikmati makanannya. sementara isterinya hanya memandang sambil tersenyum hingga tomyam mereka menjadi sejuk. selepas bebeapa lama, pekerja tadi datang semula ke meja pasangan tersebut, kerana x keruan melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih lagi tidak makan, hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairannya, lalu bertanya, "Makcik, saya tgk dari tadi, pakcik je yang makan. Boleh tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?" Dengan senyuman, si isteri itu menjawab, "Makcik tunggu gigi palsu, yg sedang dipakai oleh pakcik itu!"... 

                             Petikan dari  buku "setengah berisi,setengahkosong"                                                                 Edit&pengubahsuaian : Akhi.......=)  
     

Wednesday 21 September 2011

~Barisan Kemudi CATALYST...~

Kami adalah mahasiswa/i Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling sesi 2009/10.
Batch kami diberi nama "CATALYST" yang bermaksud "PEMANGKIN".
Tag line bagi batch kami adalah "Pemangkin Kaunselor Bitara".
Berikut adalah antara ahli atau kemudi unggul CATALYST :-

Keahlian Catalyst adalah seramai 43 orang, di mana 40 orang merupakan kaum bumiputera, manakala seorang cina, seorang india dan seorang  lagi merupakan pelajar international iaitu dari Brunei. Dalam batch kami tampak memenuhi konsep Satu Malaysia....hu3.. bertuah kan? urm... walau berbeza budaya, agama dan sebagainya, kami telah pun dihimpunkan dalam satu arena perjuangan dalam bidang pendidikan yang sama. So, tiada yang harus dipertikaikan, dan apa yang perlu dilakukan antara kami adalah sama2 berjuang dan menggapai satu matlamat yang sama dan bermakna... (^-^)v

Tuesday 13 September 2011

~ Experiences 4 Excels ~





   Pada 13/9/2011, jam 11.19 minit malam merupakan tarikh dan masa keramat yang akan dikenang sepanjang hayat saya, di mana pada detik dan saat ini dengan lafaz yang mulia "Bismillahirrahmanirrahim..." saya memulakan  blog saya ini yang dikenali dengan nama "~Experiences 4 Excels~" atau panggilan manjanya "E4E" sebagai laman atau media sosialisasi terkini dalam menjana atau merekayasakan lagi kemudahan perhubungan, perkongsian dan penyebaran maklumat kepada masyarakat yang kini sedang giat dengan suasana transformasi dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, sahsiah diri, dan sebagainya. Pada tarikh ini juga, genaplah  44 tahun usia ibu saya. Jadi, tidak akan mudah pudar daripada ingatan saya untuk mengingati peristiwa yang saya anggap penting dalam perjalanan hidup saya. Jika sebelum ini, saya hanya mengingati ulang tahun kelahiran ibu saya, tapi mulai hari ini saya akan mula menghitung dan mengingati satu lagi peristiwa iaitu kelahiran blog saya yang bergelar "E4E" ini... \(^-^)/

   Sebelum lahirnya blog "E4E" ini, saya sebenarnya telah mempunyai beberapa blog. Namun, ia hanyalah blog yang berkisar mengenai hal-hal peribadi saya dan sedikit isu-isu yang terlintas untuk dikongsikan kepada follower di blog. Kelahiran "E4E" ini sebenarnya adalah hasil saranan dan tugasan yang diberikan oleh  pensyarah kami iaitu En. Ab. Aziz Bin Mohd Yatim yang merupakan pensyarah ternama di universiti kami dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Beliau melaksanakan tugas sebagai pensyarah kami dalam kursus "Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah" dan "Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1". Pengisian blog adalah bersandarkan kepada bidang yang ada berkaitan dengan kaunseling, isu-isu semasa, aktiviti-aktiviti yang diikuti dan sebagainya, yang mampu dikongsikan kepada masyarakat secara amnya.

   Di samping tugasan blog ini, saya dan rakan-rakan perlu menghadapi beberapa lagi tugasan yang dilihat agak mencabar bagi kedua-dua kursus tersebut seperti menyediakan brochure, pamplet, poster, program sekolah, video motivasi dan bahan pengajaran berteknologi. Walaupun, agak blurr, namun tanpa mencuba kita tidak mengetahui tahap kebolehan dan kemampuan kita. Tidak mengapa jika tidak sempurna atau sebagainya, yang penting kita belajar dan kutip sebanyak mungkin pengalaman. Mungkin suatu hari nanti akan bertemu jua apa yang kita perlukan dan apa yang kita ingin capaikan selama ini.

  Bagi saya, InsyaALLAH saya akan melakukan apa yang terbaik untuk melaksanakan tugasan ini dan menjadikannya sebahagian daripada tanggungjawab hidup saya untuk generasi yang akan datang yang dijangka bakal menyaksikan fenomena hidup yang agak berbeza berbanding kehidupan generasi kini dan yang sebelumnya. Terima kasih kepada insan yang terlibat dalam pembikinan blog ini, terutama kepada pencetus idea iaitu pensyarah kami En. Ab. Aziz Bin Mohd Yatim, serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.