~Berkongsi~
Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia, mengunjungi pejabat pusat bagi mengingati kembali kenangan suka suka semasa mereka aktif bekerja dahulu. kesempatan bernostalgia ini dimanfaatkan oleh mereka dengan menikmati tomyam daging yang terkenal di kafeteria yang terletak dalam pejabat tersebut. kebetulan pada masa itu juga, masa rehat, maka ramailah pegawai-pegawai yang makan di kafeteria.
Pasangan emas ini mula berbaris bagi memesan tomyam daging mereka. mereka memesan 1 mangkuk tomyam, sepinggan nasi dan 2 gelas teh ais serta 1 piring dan mangkuk 0. Semua orang yang melihat gelagat pasangan tersebut berasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli 1 pesanan tomyam dan nasi sahaja? Maahh beberapa orang pekerja di situ sedih melihat kedaifan kedua-dua orang tua itu kerana hanya mampu makan tengah hari di kafeteria sahaja, itu pun hanya membeli makanan utk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan tomyam daging kepada 2 bahagian. ! bahagian utk dirinya dan selebihnya diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun yang makan hanyalah si suami, manakal isterinya hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera.
Si suami kembali menyambung menikmati makanannya. sementara isterinya hanya memandang sambil tersenyum hingga tomyam mereka menjadi sejuk. selepas bebeapa lama, pekerja tadi datang semula ke meja pasangan tersebut, kerana x keruan melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih lagi tidak makan, hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.
Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairannya, lalu bertanya, "Makcik, saya tgk dari tadi, pakcik je yang makan. Boleh tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?" Dengan senyuman, si isteri itu menjawab, "Makcik tunggu gigi palsu, yg sedang dipakai oleh pakcik itu!"...
Petikan dari buku "setengah berisi,setengahkosong" Edit&pengubahsuaian : Akhi.......=)
0 comments:
Post a Comment