BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 9 June 2012

Pengalaman...??? Cuba bayangkan...


:::Pengalaman...??? Cuba bayangkan...:::


Assalammualaikum.... 


Huhuhu...rasanya dah lama aku x bermadah pujangga dan meluah rasa di sini kan..?Actually, sepanjang kebernafasan aku ni... aku sebenarnya ada banyak perkara yang ingin diluahkan.... namun, atas alasan malas dan xde feel, tu lah yg menyebabkan aku tidak berkesempatan untuk menaip dan menyusun ayat walaupun sebaris ayat yang simple mimple di ruangan ini... simple mimple? ado ke perkataan tu...nampak jawenis sgt...hehehe... 

   Hari demi hari, ruang masa kian silih berganti. Tanpa disedari. Telah banyak yang ku lalui... ada yang pahit kelat2..ada yang manis masam2..ada yang manis tumpah2 gula...hahhaa..macam2 aku ni.... 

   Pengalaman????!!! cuba bayangkan kehidupan kita tanpa pengalaman? ape akan jadi? ape? ape?  ha! ape? cuba la bayangkan.... cuba pejamkan mata kejap dan rasai sejenak peristiwa2 dan perkara2 yang telah kita lalui sepanjang hidup ini... mesti ada something yang membuatkan kita terus berada di dunia ini sekarang ni kan? mesti ade certain2 peristiwa yang mengajar kita tentang kehidupan bukan? mesti ado punye... tipulah kalau xde... kalau xde, abnormal je korg nih...hahahaha...


Aku sebagai seorang manusia biasa yang secara bertuahnya ditentukan arah sebagai seorang mahasiswa UPSI bagi program ISMP Bimbingan&Kaunseling, cukup berasa syukur kerana sepanjang yang aku lalui dalam hidupku ini, aku diserapkan dengan bermacam2 bekalan yang cukup baik dalam usaha menyelami setiap ruang liku dan peristiwa yang berlaku... 

Alhamdulillah... aku merasakan diriku kini berbeza daripada diriku yang dahulu... aku lebih banyak belajar menghadapi situasi berdasarkan pengalaman hidup aku yang telah lalu.... Bagi aku, pengalaman lalu tu merupakan suatu sumber rujukan terbaik aku dalam menghadapi situasi yang beraneka juadah hamparan dan hidangannya... For sure, semakin jauh kita berjalan, cabaran dan dugaan itu semakin extreme... se-Extreme rancangan Fear Factor kot? eh x! malah, lebih extreme kot...hahhaa.. whatever...

Walauapapun... persediaan yang lebih mantap lagi perlu dibina, agar aku terus berjaya menghadapi setiap situasi itu dgn lebih profesional dan rasional... Amat dungu dan x wajarlah, aku sebagai siswa kauseling, jika tidak dapat atau mampu kehidupan dan masalah dengan baik... Setiap masa kita perlukan perubahan yang lebih positif... bak kata2 motivasi : "jadikan kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam...kerana amat celakalah bagi mereka yang kehidupannya hari ini lebih buruk daripada semalam..." betul ke ayat aku ni? hahha lebih kurang gitu lah ye...faham2 sudah...huuhuu.. 

Urm... maybe setakat ni dulu... nanti ado maso, den ceritolah lagi yo...huhuuhu (^_^)v

Friday, 2 March 2012

Mahmudah VS Mazmumah

MENGHARAP VS PUTUS ASA

"MENGHARAP"



Mengharap atau dalam istilah tasawufnya dikenali sebagai raja' (sebuah jawapan atas rasa takut atau khauf), di mana kedua-dua sifat ini saling berkait antara satu sama lain. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan mereka berdoa kepada kami dengan pengharapan dan perasaan takut." (Surah al-Anbiya' 21:90).

Khauf (rasa takut) dan raja' (mengharap) adalah dua ubat untuk penyakit hati yang apabila salah satu daripada kedua-duanya hilang akan menjadikan seseorang tidak tenteram. Jadi, seseorang mukmin seharusnya menyeimbangkan antara khauf dan raja', agar memperoleh kesepaduan dalam hidup. Sikap raja' penting dalam diri seseorang untuk menolak penghayatan al-khauf secara berlebihan yang dikhuatiri menyelinap masuk ke dalam hati seseorang mukmin. seorang mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa. Hadis Qudsi ada menyebut, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Aku terlalu dekat dengan prasangka hamba-Ku. Maka hendaklah dia berprasangka terhadap-Ku atas apa yang dia inginkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 "PUTUS ASA"


Putus asa dalam bahasa Arab ialah yaiesa. Sifat ini terjadi apabila tiada sifat khauf dalam hati seseorang. Keadaan ini menyebabkan dia meremehkan persiapan apabila menghadapi kematian. Apabila keadaan ini berlebihan akan timbullah rasa putus asa. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan janganlah kamu berputus asa daripada ramat Allah, sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang yang kafir." (Surah Yusuf 12:87).

Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firman-Nya yang bermaksud : "Katakanlah, 'Hai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.' Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Zumar 39:53).

Tip-tip mengelakkan daripada berputus asa :

  • Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
  • Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah S.W.T. berikan nanti, itu soal ke-2. Namun kita tetap mendapat ganjaran daripadaNYA.
  • Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.
  • Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.



Rujukan Majalah Solusi Edisi ke-22 =)