BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 21 September 2011

~Barisan Kemudi CATALYST...~

Kami adalah mahasiswa/i Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling sesi 2009/10.
Batch kami diberi nama "CATALYST" yang bermaksud "PEMANGKIN".
Tag line bagi batch kami adalah "Pemangkin Kaunselor Bitara".
Berikut adalah antara ahli atau kemudi unggul CATALYST :-

Keahlian Catalyst adalah seramai 43 orang, di mana 40 orang merupakan kaum bumiputera, manakala seorang cina, seorang india dan seorang  lagi merupakan pelajar international iaitu dari Brunei. Dalam batch kami tampak memenuhi konsep Satu Malaysia....hu3.. bertuah kan? urm... walau berbeza budaya, agama dan sebagainya, kami telah pun dihimpunkan dalam satu arena perjuangan dalam bidang pendidikan yang sama. So, tiada yang harus dipertikaikan, dan apa yang perlu dilakukan antara kami adalah sama2 berjuang dan menggapai satu matlamat yang sama dan bermakna... (^-^)v

Tuesday, 13 September 2011

~ Experiences 4 Excels ~





   Pada 13/9/2011, jam 11.19 minit malam merupakan tarikh dan masa keramat yang akan dikenang sepanjang hayat saya, di mana pada detik dan saat ini dengan lafaz yang mulia "Bismillahirrahmanirrahim..." saya memulakan  blog saya ini yang dikenali dengan nama "~Experiences 4 Excels~" atau panggilan manjanya "E4E" sebagai laman atau media sosialisasi terkini dalam menjana atau merekayasakan lagi kemudahan perhubungan, perkongsian dan penyebaran maklumat kepada masyarakat yang kini sedang giat dengan suasana transformasi dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, sahsiah diri, dan sebagainya. Pada tarikh ini juga, genaplah  44 tahun usia ibu saya. Jadi, tidak akan mudah pudar daripada ingatan saya untuk mengingati peristiwa yang saya anggap penting dalam perjalanan hidup saya. Jika sebelum ini, saya hanya mengingati ulang tahun kelahiran ibu saya, tapi mulai hari ini saya akan mula menghitung dan mengingati satu lagi peristiwa iaitu kelahiran blog saya yang bergelar "E4E" ini... \(^-^)/

   Sebelum lahirnya blog "E4E" ini, saya sebenarnya telah mempunyai beberapa blog. Namun, ia hanyalah blog yang berkisar mengenai hal-hal peribadi saya dan sedikit isu-isu yang terlintas untuk dikongsikan kepada follower di blog. Kelahiran "E4E" ini sebenarnya adalah hasil saranan dan tugasan yang diberikan oleh  pensyarah kami iaitu En. Ab. Aziz Bin Mohd Yatim yang merupakan pensyarah ternama di universiti kami dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Beliau melaksanakan tugas sebagai pensyarah kami dalam kursus "Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah" dan "Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1". Pengisian blog adalah bersandarkan kepada bidang yang ada berkaitan dengan kaunseling, isu-isu semasa, aktiviti-aktiviti yang diikuti dan sebagainya, yang mampu dikongsikan kepada masyarakat secara amnya.

   Di samping tugasan blog ini, saya dan rakan-rakan perlu menghadapi beberapa lagi tugasan yang dilihat agak mencabar bagi kedua-dua kursus tersebut seperti menyediakan brochure, pamplet, poster, program sekolah, video motivasi dan bahan pengajaran berteknologi. Walaupun, agak blurr, namun tanpa mencuba kita tidak mengetahui tahap kebolehan dan kemampuan kita. Tidak mengapa jika tidak sempurna atau sebagainya, yang penting kita belajar dan kutip sebanyak mungkin pengalaman. Mungkin suatu hari nanti akan bertemu jua apa yang kita perlukan dan apa yang kita ingin capaikan selama ini.

  Bagi saya, InsyaALLAH saya akan melakukan apa yang terbaik untuk melaksanakan tugasan ini dan menjadikannya sebahagian daripada tanggungjawab hidup saya untuk generasi yang akan datang yang dijangka bakal menyaksikan fenomena hidup yang agak berbeza berbanding kehidupan generasi kini dan yang sebelumnya. Terima kasih kepada insan yang terlibat dalam pembikinan blog ini, terutama kepada pencetus idea iaitu pensyarah kami En. Ab. Aziz Bin Mohd Yatim, serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.